Biasalah...banyak sangat alasan....
Berikut beberapa alasan yang bakal anda terima:
Tiada masa
Tiada masa adalah alasan yang paling ramai gunakannya. Cara anda menolak alasan itu:
“Zaman IT ini, kebanyakan orang tidak ada masa yang mencukupi. Namun begitu, tiada masa bukan alasan yang patut diberikan. Kita dibekalkan Tuhan 24 jam sehari. 8 jam bekerja, 8 jam tidur dan 8 jam berehat. Apa salahnya korbankan masa 8 jam sekurang-kurangnya 2 jam sehari bagi menjalankan perniagaan MLM?”
Sistem piramid
Ada juga prospek menganggap MLM sama dengan sistem piramid iaitu mengkayakan orang atas dan orang bawah tidak boleh menandingi orang atas. Cara anda menolak sangkaan itu:
“MLM bukan sistem piramid. Jika sistem piramid, orang bawah atau downline tidak boleh memotong orang atas atau upline. Tidak mustahil jika anda baru sertai MLM tahun ini, anda sudah boleh memotong upline anda yang sudah lama menyertai MLM. Asalkan anda kuat berusaha, anda boleh memotong bonus upline.”
Syarikat Cina
Sentimen bangsa banyak diutarakan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Mereka cuba menghidupkan semangat kesukuan dan bangsa. Jadi, cara anda menolak sentimen itu:
“Pernahkah anda melihat ada hadis ataupun ayat Quran yang mengharamkan umat Islam ataupun Melayu berniaga dengan orang Cina ataupun bangsa lain? Nabi Muhammad S.A.W. menjalankan perniagaan bersama-sama dengan bangsa Yahudi dan kafir Quraisy. Berniaga dengan bangsa lain dapat meningkatkan lagi kuasa beli dan mempelajari ilmu mereka. Adakah anda boleh berniaga dengan pelanggan yang terhad? Maksudnya, hanya dikalangan pembeli bangsa Melayu?”
Susah
Tidak kurang juga anda bakal bertemu dengan prospek yang berfikiran kecil. Mereka awal-awal lagi memberikan alasan susah melakukan perniagaan berasaskan MLM. Terangkan kepadanya:
“Anda tentu pernah melihat orang Cina makan nasi dengan menggunakan chopstik. Cuba anda makan macam mereka. Boleh atau tidak? Susah bukan? Bandingkan dengan anak Cina yang berusia setahun, mereka juga belum mahir menggunakan chopstik. Tapi, jika dilakukan berkali-kali, akhirnya menjadi mudah. Begitu juga dengan MLM, apabila dilakukan berkali-kali akhirnya mudah.”
Sudah berpuluh-puluh syarikat MLM yang disertai
Ini juga salah satu alasan yang diberikan oleh prospek. Mereka melalui pengalaman yang pahit sewaktu melakukan MLM. Terangkan kepadanya:
“Jika dikaji dan dibaca cerita sejarah insan yang agung, mereka sebelum menjadi juara atau berjaya dalam sesuatu bidang, sudah menempuh berbagai-bagai rintangan dan masalah. Mungkin syarikat lain bukan lagi rezeki anda, tetapi tidak mustahil syarikat saya menjadi rezeki anda. Siapa tahu.”
Kaji dahulu
Prospek juga bolah menggunakan alasan hendak kaji dahulu. Alasan ini boleh jadi, prospek hendak menolak secara baik dengan menggunakan perkataan yang bersopan. Terangkan kepadanya:
“Dalam konsep kejayaan menjalankan perniagaan MLM, perkara yang perlu dibuat ialah dengan masuk dan terus buat sambil mengkaji. Jika hendak kaji dulu, orang lain dah kaya dan kita masih mengkaji. Jika sudah terbukti syarikat kami sudah kukuh dan berupaya bertahan lama, tidak perlu mengkaji dengan lebih mendalam. Mengkaji sambil buat MLM dapat memberi anda kelebihan untuk maju.”
Saya tidak ada wang
Alasan ini juga banyak dikemukakan oleh prospek. Terangkan kepadanya:
“Saya faham, mungkin anda tiada wang. Namun begitu, anda perlu pertimbangkan peluang ini untuk anda mempunyai wang. Modal perniagaan ini kecil sahaja iaitu RM170. Modal ini lebih kecil daripada anda memulakan perniagaan burger. Jika saya tawarkan anda sebuah kereta Mercedes bernilai RM250 ribu tetapi dengan syarat, anda perlu bayar pendahuluan RM170, tentu anda dapat sediakan wang itu.”
Saya tidak berminat
Alasan ini saya percaya, paling banyak dikemukakan oleh prospek. Terangkan kepadanya:
“Saya pun dahulunya tidak berminat dengan MLM ini. Apabila anda tanya sesiapapun yang pernah berjaya dalam MLM, mereka pasti berkata mereka tidak berminat dengan MLM tetapi mereka berminat dengan peluang pendapatan lumayan.”
Saya tidak pandai menjual
Ada juga prospek yang salah sangka. Mereka anggap MLM 100 peratus menjual. Terangkan kepadanya:
“Betul, saya pun tidak pandai menjual. Pada mulanya, saya sangkakan MLM ini menjual dari rumah ke rumah. Sangkaan saya meleset. Tetapi sebenarnya kita tidak perlu menjual. Kita hanya cari pengguna dan berkongsi kebaikan penggunaan produk syarikat kami.”
Saya tidak ramai kawan
Ini juga adalah modal alasan yang banyak digunakan oleh prospek. Terangkan kepadanya:
“Saya dahulu pun tidak ramai kawan sewaktu memulakan perniagaan MLM ini. Tetapi, sebenarnya, perniagaan ini tidak memerlukan ramai kawan. Saya amat yakin sekurang-kurangnya anda mempunyai 6 orang kawan, saudara-mara, jiran dan kenalan. Melalui mereka, anda berpeluang mengenali rakan baru.”
Prospek boleh memberikan alasan seribu satu cara. Terpulang kepada anda memilih pendekatan manakah yang lebih sesuai digunakan. MLM tidak menyekat kreativiti anda. Kreativiti sangat penting untuk berjaya.
Untuk senang, HIDUP ‘ZERO’ ALASAN !!
0 Comment(s).